MEDIUM RANGKAIAN

Medium Rangkaian Wayar Dan Tanpa Wayar

Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit. Medium rangkaian terdiri daripada medium rangkaian wayar dan tanpa wayar.

2.2.1 Medium rangkaian wayar
Kabel rangkaian masih digunakan sebagai media penghantaran untuk pemindahan data dalam rangkaian. Terdapat beberapa jenis kabel rangkaian yang biasa digunakan.

2.2.1.1              Kabel sepaksi tebal (thick coaxial cable)
 
Rajah 2.2.1.1: Kabel Sepaksi Tebal
Digunakan untuk jarak yang jauh. Panjang maksima segmen ialah 500 meter. Piawaian untuk kabel ini ialah 10Base5.

2.2.1.2              Kabel sepaksi nipis (thin coaxial cable)
Rajah 2.2.1.2 : Kabel Sepaksi Nipis
Digunakan untuk jarak yang pendek dengan panjang maksimum segmen 185m. Piawaian untuk kabel ini ialah 10Base2.

2.2.1.3              Kabel pasangan terpiuh (twisted-pair cable)
Rajah 2.2.1.3: Kabel pasangan terpiuh
Jenis kabel ini diklasifikasikan mengikut kategori yang ditetapkan oleh EIA/TIA (Electronic Industry Association/Telecommunication Industry Association). Cat 5, Cat 5e dan Cat 6 merupakan jenis kabel yang digunakan untuk rangkaian Ethernet.

2.2.1.4              Pasangan terpiuh tidak bertebat (unshielded-twisted pair)
 
Rajah 2.2.1.4: Kabel pasangan terpiuh tidak bertebat
Kos yang rendah dan mudah terpengaruh dengan gangguan daripada radio dan peralatan elektrik yang berdekatan.
2.2.1.5              Pasangan terpiuh bertebat (shieled-twisted pair)
 
Rajah 2.2.1.5: Kabel pasangan terpiuh bertebat
Lebih sesuai digunakan di tempat yang terdapat gangguan elektrik berbanding kabel terpiuh tidak bertebat.
      2.2.1.6              Kabel gentian optik (Fiber Optic Cable)
Rajah 2.2.1.6: Kabel gentian optik
Kabel gentian optik dapat menghantar data dengan lebih laju dan jarak yang lebih jauh berbanding kabel sepaksi dan kabel pasangan terpiuh. Ia lebih sukar dipasang berbanding dengan kabel kuprum.

2.2.2    Medium Rangkaian Tanpa Wayar

Hanya peralatan yang telah melepasi ujian Wi-Fi Alliance® dibenarkan menggunakan logo yang dikeluarkan oleh mereka.
Kelebihan menggunakan Wi-Fi adalah seperti berikut:
     Mudah: Anda boleh menyambungkan komputer di rumah atau sekolah tanpa wayar. Komputer yang disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga 30 meter.
     Kos: Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk dipasang dan tidak mahal.
Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung secara fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter atau jarak yang sangat jauh.
Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalur lebar (broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang di pasang di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.
Terdapat dua jenis topologi rangkaian tanpa wayar iaitu peer-to-peer dan client-server. Dalam rangkaian tanpa wayar, peer-to-peer rangkaian akan berhubung dengan setiap komputer yang ada dalam rangkaian dengan lebih mudah dan secara langsung. Manakala bagi rangkaian tanpa wayar, client-server pula, terdapat titik capaian (access point) untuk membolehkan komputer menerima dan menghantar data menerusi titik ini kepada semua komputer yang dicapai oleh rangkaian.
Terdapat empat jenis rangkaian tanpa wayar yang mana ia dibahagikan mengikut kelajuan capaian rangkaian dan kos untuk mengimplimentasinya.
                                                        i.            Bluetooth
                                                      ii.            IrDA
                                                    iii.            HomeRF (SWAP)
                                                    iv.            Wi-Fi
Bluetooth
Teknologi ini tidak digunakan secara meluas dan ia tidak mampu menggantikan rangkaian berkelajuan tinggi di antara komputer. Bluetooth berspesifikasi untuk menggunakan radio berkuasa rendah untuk menghubungkan telefon dan komputer dalam jarak yang pendek tanpa wayar. Topologi Bluetooth dikenali sebagai piconet atau PAN (personal area network). Piconet mengandungi sekurang-kurangnya dua hingga maksimum lapan peranti Bluetooth dalam rangkaiannya. Bluetooth mempunyai pelbagai versi yang berbeza dari segi jarak dan juga kelajuannya. Bluetooth 1.2 mempunyai jarak maksima 10 meter (30 kaki) dan kelajuan sehingga 1 Mbps. Bluethooth 1.2 menggunakan isyarat radio dalam jarak 2.4 Ghz atau yang sama dengan Wifi.

IrDA
IrDA (Inframerah) adalah sebuah piawaian untuk perhubungan peranti dengan menggunakan cahaya inframerah. Cara inilah alat kawalan jauh berfungsi dan ia bergerak dengan kelajuan 4Mbps di samping bergerak dalam aliran yang lurus.

SWAP
HomeRF (RF atau Radio Frequency) telah mewujudkan satu piawaian yang dipanggil Shared Wireless Access Protocol atau SWAP. SWAP mempunyai enam saluran suara berdasarkan kepada standard Digital Enhanced Cordless Telecommunications (DECT) dan spesifikasi tanpa wayar Ethernet 802.11 untuk data. Peranti SWAP melakukan 50 loncatan sesaat dan memancar pada 1 Mbps. Keberkesanan bergantung kepada pengeluar dan jumlah gangguan yang ada di kawasan yang digunakan.

Wi-Fi
Wireless Ethernet Compatibility Alliance (WECA) yang kini dikenali sebagai Wi-Fi Alliance telah mengemukakan Wi-Fi (wireless fidelity) sebagai alternatif kepada SWAP. la serasi dengan salah satu spesifikasi IEEE 802.11, iaitu IEEE 802.11b. Dengan keserasian kepada 802.11b, perantinya mampu berkomunikasi pada kelajuan 11 Mbps. Walaupun capaian maksimanya ialah 11 Mbps tetapi kelajuan ini tidak tetap dan boleh menurun sehingga 1 Mbps. Namun Wi-Fi tetap stabil dan mampu memberikan sokongan yang baik kepada rangkaian.

Selain daripada IEEE 802.11b, terdapat set-set spesifikasi yang lain seperti 802.11a, 802.11g, 802.11n dan 802.11ac.


Rajah 2.2.2.2 : Rangkaian berwayar
                                       
Rajah 2.2.2.3:  Gabungan rangkaian wayar dan rangkaian tanpa wayar



No comments:

Post a Comment