KOMPONEN RANGKAIAN

2.1     Komponen Rangkaian

Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada :
2.1.1  Kabel rangkaian
2.1.2  Kad antaramuka rangkaian (NIC)
2.1.3  Hab
2.1.4  Suis (Switch)
2.1.5  Modem
2.1.6  Penghala (Router)
2.1.7  Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access point)

Contoh Perkakasan Komputer
2.1.1  Kabel Rangkaian dan RJ45
Rajah 2.1.1: Kabel RJ45
     Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke peranti dan sambungan ke rangkaian internet.
    Adalah perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara berwayar.

2.1.2  Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card, NIC)


   Rajah 2.1. 2: Kad Antaramuka Rangkaian

     Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
     Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
     Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
     Kad antaramuka untuk komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi bentuk dan rupa tetapi fungsinya adalah sama.

2.1.3  Hab

 





Rajah 2.1.3: Hab
     Peranti komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
     Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan.
     Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel - kabel dalam sesebuah rangkaian.
2.1.4        Suis (Switch)
Rajah 2.1.4: Suis
     Peranti komunikasi ini mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat ini seakan sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data tersebut dengan tepat.
     Suis merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya.

2.1.5 Modem
 Rajah 2.1.5: Modem
     Alat ini membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon atau kabel.
     Merupakan peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke Internet.

2.1.6  Penghala (Router)
Rajah 2.1.6 : Penghala
     Penghala membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain.
     Penghala bertindak sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data.
     Peranti rangkaian komunikasi ini mempercepatkan  penyampaian data melalui laluan yang terbaik. Penghala juga berfungsi sebagai penghubung rangkaian yang berbeza.

Kini, teknologi  penghala telah berkembang dan semakin maju di mana penghala, modem dan suis telah digabungkan di dalam satu komponen. Ini lebih memudahkan pengguna untuk menggunakan satu komponen sahaja yang terdiri daripada ketiga-tiga kompenen tersebut.

 

Rajah 2.1.6.: Penghala (Wireless N-150 ADSL2+ 4-Port Router All in One)

2.1.7   Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access point)

Rajah 2.1.7: Titik pusat tanpa wayar

     Alat ini menghubungkan data komunikasi wayar untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar.

Alat ini merupakan sebuah peranti komunikasi yang berfungsi sebagai pusat penghantaran dan penerimaan gelombang radio tanpa wayar di 

3 comments: